CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 10, 2012

Sahabat, kerana kau, aku rindukan ALLAH

Assalamualaikum kawan-2 semua, dan Ustaz Huda sekali.

Hmm, nampaknya blog gemilang ni tak bergerak jugak kan? Tak apa lah. Biar saya yang mengisi kekosongan blog ni.
Entri kali ini hanya secara rawak dan menggunakan bahasa Melayu asli, tiada 'shortcut', tiada ManGlish, yang ada hanyalah bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan kita semua di Malaysia :)

Saya hendak bertanya, betul ke keputusan PMR akan diumumkan pada 19.12.12? Jika betul, sudah bersediakah kita? Sudah cukupkah doa kita pada yang berkuasa? Sudah yakinkah kita akan kejayaan kita dalam PMR 2012? Jika belum, teruskanlah berdoa kepada yang Maha Menentukan Segalanya. Insyaallah.
Walau apa pun keputusan PMR kita nanti, jangan lupa bersyukur ye kawan-2. Tak kisah lah kita berjaya mendapat 9A atau tidak, kita sudah membuat yang terbaik dan ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah salahkan takdir.

Kawan-2 semua ada pergi cuti mana-mana tak? Jom lah berkongsi cerita di FB Gemilang. Mesti seronok kan? Nanti jangan lupa kongsikan tau? Cuti ni, kawan-2 lama mesti nak buat reunion kan? Betul tak? Nak jumpa kawan-2 semasa sekolah rendah. Bila buat reunion tu, jaga lah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Baik-2 nak dapat pahala merapatkan hubungan silaturrahim, terus dapat dosa sebab tak menjaga adab lelaki dan perempuan. Aurat mesti terjaga sentiasa. Bergaya itu tidak salah, tapi mestilah mengikut ketetapan syariah. Islam tak melarang umatnya untuk menggayakan diri masing-2, tapi berpada-padalah. Jangan sampai boleh menimbulkan dosa.

Dan pada musim cuti ini, banyak-2 kan lah membuat amal ibadat, bagi yang telah berjaya khatam Al-Quran, Alhamdulillah, jangan lah apabila selesai menghafal, kita sudah tiada apa-2 lagi, malahan, tanggungjawab kita lagi besar. Rajin-2 kan lah Murajaah, dan kepada yang akan khatam, teruskan usaha anda semua untuk mengkhatam Al Quran. Ingatlah jika niat kita baik, ALLAH pasti mudahkan. Insyaallah, Peringatan ini adalah untuk diri saya dan semua saudara Islam saya.
Dan ingatlah, kita semua hanya manusia biasa yang hina, hanya darjat keimanan yang membezakan taraf kita di mata ALLAH. Janganlah memperlekehkan seseorang itu kerana kita tidak tahu, mungkin taraf imannya lebih tinggi daripada kita di sisi ALLAH.

INSYAALLAH sama-2 kita memperbaiki diri kita dan dengan itu, orang lain juga akan berubah. Mari sama-2 berubah ke arah kebaikan, kerana di situlah letaknya Keredhaan Allah dan Jannah-Nya :)

Nukilan, Saudara Islammu

0 comments:

Post a Comment


.